Menteri Kesihatan Pengerusikan Mesyuarat Bincang Langkah Seterusnya Oleh Kerajaan Untuk Memperolehoi Vaksin COVID-19

Petang semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses COVID-19 bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia Khairy Kamaluddin.

Dalam satu hantaran di Facebooknya semalam, beliau menyatakan dalam mesyuarat itu perbincangan diadakan untuk mencari langkah seterusnya yang akan diambil kerajaan dalam memperolehi vaksin COVID-19.

Vaksin yang akan diterima ialah vaksin Pfizer BionTech, AstraZeneca dan COVAX.

“Mesyuarat turut memperhalusi Pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19 iaitu pelan pemberian vaksin yang akan diperolehi ini kepada penduduk Malaysia,” katanya.

BACA JUGA  : MKN Nafi Arahan PKP

Turut serta di dalam mesyuarat berkenaan ialah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dan Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.

Buat pertama kalinya semalam, Malaysia merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 3,027 kes jangkitan COVID-19 baharu.

Kes kumulatif untuk negara Malaysia ialah sebanyak 128,465 kes. Semalam, sebanyak lapan kematian direkodkan dengan tambahan sembilan kluster baharu. Negeri Johor pula merupakan negeri dengan bilangan kes tertinggi semalam dengan 1,103 kes diikuti Selangor sebanyak 706 kes dan Sabah 493 kes.

BBerkaitan

Latest articles