Menteri Kena Batal Cuti, Pulang Segera Jika Berada Di Luar Negara

KUALA LUMPUR: Memandangkan rakyat masih bergelut dengan kesan banjir, Perdana Menteri hari ini mengarahkan semua menteri membatalkan hasrat bercuti ke luar negara dalam keadaan rakyat dilanda kesusahan kerana musibah banjir.

Malah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menggesa menteri-menteri yang berada di luar negara diminta untuk segera pulang ke tanah air.

“Saya arahkan mana-mana menteri yang bercadang untuk bercuti ke luar negara untuk membatalkannya dan menteri yang berada di luar negara ketika ini untuk pulang segera untuk bersama-sama membantu Keluarga Malaysia yang dalam kesusahan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam video yang dimuatnaik di media sosialnya hari ini.

Sebelum itu, tular beberapa menteri dikatakan berada di luar negara dalam keadaan rakyat dilanda banjir sehingga menimbulkan kemarahan di media sosial.

BBerkaitan

Latest articles