28 Menteri Kabinet Baharu Angkat Sumpah Jam 3 Petang Esok

PUTRJAYA: Menteri Kabinet yang baharu dilantik akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada jam 3 petang esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu menerusi pengumuman barisan kabinetnya sebentar tadi.

Anwar sebentar tadi mengumumkan saiz barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang disertai 28 menteri yang mana turut menyaksikan beliau memegang portfolio Menteri Kewangan.

Saiz anggota kabinet kerajaan Perpaduan ini adalah lebih kecil berbanding seramai 31 jemaah menteri dalam kerajaan yang terbentuk sebelum ini.

BBerkaitan

Latest articles