Menteri Gagal Ketepi Saman Kerana Tak Bayar Hutang

 

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen hari ini menolak permohonan seorang menteri wanita yang sebelum ini berhasrat mengenepikan dan membatalkan writ saman berjumlah RM130,000 dan pernyataan tuntutan tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan defendan membayar kos sebanyak RM4,000.00 sebagai kos dalam kausa, dibayar kepada plaintif.

Hakim menolak permohonan menteri wanita berkenaan dengan alasan defendan tidak menafikan Perjanjian Pinjaman Peribadi tersebut dan terdapat isu berbangkit yang perlu dibicarakan.

Mahkamah telah menetapkan tarikh 26/01/2022 untuk sebutan kes.

Untuk rekod, saman terhadap menteri itu difailkan oleh bekas orang kanannya pada 30 Ogos lalu kerana gagal membayar balik pinjaman peribadi berjumlah RM130,000.00.

Wanita berkenaan mendakwa menteri terbabit masih tidak membayar hutang bernilai RM130,000 sejak tahun 2009 ketika urusan pembelian operasi perniagaan francais sebuah restoran.

Plaintif telah bersetuju memberi pinjaman kepada menteri itu dengan terma pembayaran RM1000 sebulan selama 130 bulan bermula 1 Mac 2019.

Terdahulu, pada September tahun lalu, menteri yang sama juga dilaporkan berdepan dengan saman muflis selepas berhutang dengan, Sarl Novovision, sebuah syarikat produksi filem dan televisyen yang berpusat di Paris sebanyak RM1.9 juta.

Saman dikeluarkan terhadap syarikat dimiliki menteri itu, yang dikenali sebagau Eurofine (M) Sdn Bhd, Fine Mobile Network Sdn Bhd dan Fine TV Network Sdn Bhd antara tahun 2011 hingga 2013, yang mana kini sudah tidak lagi beroperasi.

Menteri itu berjaya melunaskan saman terhadap Sarl Novovision pada Februari 2021, sebanyak RM1 juta.

BBerkaitan

Latest articles