Menteri Besar Perak Tak Sempat Serah Surat Lantikan Kepada Allahyarham Datuk Mohd Khusairi

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berasa sedih kerana tidak dapat menyerahkan surat lantikan sebagai Pengerusi Lumut Maritime Terminal kepada Allahyarham Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang meninggal dunia semalam.

Beliau berkata, surat berkenaan sudah pun beliau tandatangan pagi semalam sepatutnya diserahkan kepada Arwah.

“Saya sudah menandatangani surat lantikan, tetapi saya tidak sempat menyerahkan surat ini (lantikan) kepada Allahyarham,” katanya ketika ditemui pemberita ketika solat jenazah Allahyarham di Masjid Ar-Rahmaniah, Felda Sungai Behrang di Slim River menurut laporan portal myMetro hari ini.

BACA JUGA“Semoga Dilimpahi Rahmat” – Ucapan Hari Jadi Najib Buat Tun M

Ahmad Faizal berkata, kali terakhir beliau bertemu arwah di kediaman Menteri Besar Perak baru-baru ini.

Jenazah Mohd Khusairi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Behrang, pada pukul 9.20 pagi tadi.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Ar-Rahmaniah Felda Sungai Behrang yang diimamkan anak sulung arwah, Mohd Amirul Khalil, 30 pada pukul 8.30 pagi.

Antara yang hadir, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan; Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Dr Mah Hang Soon; Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad.

Sementara itu, Saarani berkata, kepimpinan UMNO Perak sudah bersiap siaga sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan dan pihaknya masih menunggu pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung perkara itu.

Katanya, selepas ini Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) akan memaklumkan kepada SPR yang akan memutuskan sama ada PRK akan diadakan atau sebaliknya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,912FollowersFollow
21,400SubscribersSubscribe

Terkini