Menteri Agama Harap RUU355 Dapat Direalisasi Sebelum Mati

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad berkata ada beberapa proses yang perlu dilalui dengan melibatkan beberapa pihak sebelum dapat membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, atau lebih dikenali sebagai RUU 355.

Setiap proses itu, perlu dilakukan secara teratur berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan memerlukan masa untuk ia dibentangkan.

“Ia perlu dibincangkan dalam jawatankuasa undang-undang syarak dan sivil yang ditubuhkan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) bagi menilai dan menyeragamkan segala pindaan dan penggubalan undang-undang berkaitan hal ehwal Islam.

“Kerajaan perlu beri ruang dan masa yang wajar kepada jawatankuasa untuk meneliti cadangan dan berunding dengan negeri-negeri,” katanya dalam sesi penggulungan titah diraja di Dewan Rakyat, semalam.

Ujar bekas mufti Wilayah Persekutuan itu, rundingan akan meliputi majlis agama Islam, amhkamag syariah jabatan pendakwaan syariah, jabatan agama Islam, pejabat mufti dan pejabat penasihat dan undang-undang.

Jawapan Dr Zulkifli turut dipersetujui Ahli Parlimen Kulim Bandar Bahru, Datuk Saifuddin Nasution dengan menyifatkan ia sebagai ‘realistik dan berpijak di bumi nyata’.

Untuk rekod, RUU355 dibentang buat pertama kali di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016 oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS sebagai RUU Persendirian.

Perbahasan RUU berkenaan ditangguhkan dan versi disemak semula dibentang pada November 2016 dan April 2017.

RUU yang menjadi agenda PAS itu bagaimanapun masih di peringkat usul tanpa dibahaskan.

Zulkifli, ketika meneruskan jawapannya berkata RUU itu akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja Melayu selepas segala proses diselesaikan.

“Sebaik sahaja semua proses dan tertib ini selesai, dilaksanakan mengikut lunas undang-undang, barulah pindaan itu (RUU) boleh dibentang bila tiba masa yang sesuai.

“Saya harap – insya-Allah – ia akan dapat direalisasikan sebelum saya mati,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Hampir 16,000 Masjid Di Xinjiang Dirobohkan Kerajaan China

Pasukan pemikir Australia mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 16,000 masjid di wilayah Xinjing telah dirobohkan, selain lebih dari sejuta munoriti Islam Uighur dan komuniti berbahasa Turkic...

Tun M Kata Tak Akan Bertanding Dalam PRU15

Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu bahawa dirinya tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang, sekaligus...

Lebih 1 Juta Rakyat Sabah Memilih Hari Ini

  Hari ini merupakan penentuan kepada pilihan rakyat Sabah untuk siapakah yang layak mentadbir mereka untuk memacu pembangunan dan kemajuan rakyat dan negeri. Pergolakan politik sejak...

YDPA Tak Terima Mengadap Selama Seminggu

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak akan menerima menghadap daripada sesiapun...

Bersatu: Cukup Penafian MP Umno, Tak Perlu Penjelasan Zahid

Bersatu tidak berhasrat mendapatkan penjelasan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaannya bahawa ramai ahli parti itu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiausahanya,...