Meningkat 2.7 Peratus, Seramai 10,109 Calon SPM Dapat Semua A

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali hari ini mengumumkan seramai 10,109 orang daripada 373,974 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 memperoleh keputusan cemerlang semua A.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 2.7 peratus berbanding 9,696 orang pada SPM 2021.

Beliau berkata, seramai 75,322 calon atau 20.1 peratus pula memperoleh keputusan sekurang-kurangnya kepujian.

“Selain itu, seramai 128,193 atau 34.3 peratus memperoleh keputusan lulus manakala 126,793 calon atau 33.9 peratus pula sekurang-kurangnya gagal satu mata pelajaran,” katanya pada Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2022 di sini hari ini.

Katanya, SPM 2022 juga menunjukkan prestasi lebih baik apabila merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.74 berbanding 4.74 bagi SPM 2021.

Pkharuddin berkata, nilai GPN lebih rendah menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik, namun kementerian tidak membuat perbandingan kerana setiap calon mempunyai kekuatan masing-masing.

Dalam pada itu, jumlah calon layak dapat sijil pula meningkat kepada 91.6 peratus iaitu kali pertama mencecah lebih 90 peratus sejak 2013.

BBerkaitan

Latest articles