Mengenali Individu Hebat Tan Sri Zuki Ali

Tak ramai yang tahu apakah tanggungjawab di sebalik peranan. Ketua Setiausaha Negara (KSN).

KSN boleh diibaratkan sebagai penghubung antara anggota pentadbiran dan penjawat awam, dimana segala keputusan dan dasar kerajaan difahami dan dapat diterima kesemua peringkat.

Apa yang pasti, KSN merupakan institusi terpenting dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan yang bertanggungjawab menyampaikan dengan kefahaman perkara yang diputuskan jemaah menteri supaya keputusan dan dasar kerajaan difahami dan dapat diterima serta diterjemahkan oleh penjawat awam.

Individu hebat yang memegang jawatan KSN pada hari ini adalah Tan Sri Zuki Ali.

Siapakah beliau sebenarnya?

Menariknya tentang Zuki adalah khidmatnya terhadap tiga buah kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh komponen parti politik iaitu Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN), termasuklah dengan kepimpinan Perdana Menteri yang berbeza.

Bukan itu sahaja, Zuki juga merupakan satu–satunya KSN yang memiliki pengalaman mengetuai pentadbiran kerajaan yang berhapan dengan pelbagai cabaran seperti PKP, Covid-19 dan Darurat.

Zuki dilantik menjadi Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang ke-15 pada 1 Januari 2020.

Terdahulu beliau merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2017 ketika Datuk Seri Najib Razak menerajui kerajaan Malaysia.

Anda juga perlu tahu bahawa Zuki pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada SPB Yang di-Pertuan Agung dari tahun 2006 sehingga 2011, menjadikan beliau cukup berpengalaman dan berpengetahuan.

Bercerita mengenaik pengalaman dan kelayakan yanh dimiliki Zuki, beliau memegang Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Nanyang University, Singapura.

Zuki mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun di pelbagai kementerian, antaranya Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Selain itu, beliau pernah bertugas di Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri, Setiausaha Persekutuan Sarawak dan menjawat jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.


Kehebatan beliau tidak dapat disanggah memandangkan Zuki mendapat didikan dan tunjuk ajar daripada bekas Ketua Setiausaha Negara iaitu Allahyarham Tan Sri Dato Sri Dr Ali Hamsa yang berkhidmat dari 2012 sehingga 2018.

“Sejak awal menyertai perkhidmatan awam, Allahyarham (Tan Sri Dr. Ali Hamsa) adalah cikgu saya.

“Banyak ilmu yang dicurahkan kepada kami dan segala jasanya tidak dapat saya lupakan,” katanya.

Dalam pentadbiran negara, lebih-lebih lagi ketika darurat diisytiharkan akibat pandemik COVID-19, urusan merajaan dapat berjalan seperti biasa disebabkan kerana Zuki mengambil peranan yang sangat penting pada ketika itu untuk meneruskan operasi kerajaan apabila kesemua kuasa eksekutif negara hilang peranan mereka.

Pada ketika itu, jentera pentadbiran negara tidak terkesan dengan pengisytiharan Proklamasi Darurat kerana segala operasi dalam sektor awam dan swasta, yang merangkumi aktiviti ekonomi, industri serta rantaiannya, berjalan seperti biasa.

Situasi ini sekaligus membuktikan Zuki sebagai tiang yang merentasi politik dan parti politik.

Begitu juga ketika kesemua ahli politik negara Malaysia secara teknikalnya hilang kuasa mereka maka beliau tampil untuk meneruskan amanah sebagai KSN demi memastikan segala urusan dan pentadbiran negara masih lagi bergerak seperti biasa dan lancar.

Dalam kerjayanya, Zuki berpegang kepada “Digital First , Citizen Centric” yang bermaksud pentadbiran yang berteraskan jiwa dan aspirasi rakyat.

Atas falsafah inilah ketika PKP dilaksanakan Zuki memastikan para penjawat perlu berterusan untuk menyampaikan perkhidmatan awam kepada rakyat.

Tugasan bekerja dari rumah dan hanya perlu ke pejabat mengikut giliran dan keperluan kerja dilancarkan demi memastikan segala perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas ketika PKP.

BBerkaitan

Latest articles