Mengapa Pertuduhan Terhadap Najib Berkecamuk Soal Peguam Najib

PUTRAJAYA, Peguam kepada Dato’ Sri Najib Razak hari ini berhujah bahawa pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri itu dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah bercamuk dan menyalahi prinsip asas undang-undang jenayah kerana mengandungi pelbagai kesalahan dalam satu kertas pertuduhan.

Dalam prosiding di Mahkamah Tinggi yang bersidang di Putrajaya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai barisan peguam bela berhujah bahawa kesemua empat pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah cacat kerana setiap satu pertuduhan menggabungkan beberapa perbuatan, tarikh, lokasi dan perjawatan yang berbeza.

“Dalam setiap pertuduhan terhadap anak guam saya, terdapat pelbagai kesalahan digabungkan, ada sehingga lima tarikh berbeza, empat lokasi berbeza, tiga perjawatan berbeza dan lima perlakuan jenayah yang berbeza dalam satu kertas pertuduhan,” katanya semasa berhujah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi.

Menurut beliau, keadaan itu melanggar prinsip undang-undang di bawah Seksyen 163 Kanun Acara Jenayah, yang memperuntukkan bahawa setiap kertas pertuduhan hanya boleh mengandungi satu kesalahan bagi memberi keadilan kepada tertuduh untuk mengetahui dengan jelas kesalahan yang perlu dibela ujar Peguam Hasnal Rezua Merican ketika ditemui di sini.

Tambahnya Peguam Utama Datuk Seri Najib, Tan Sri Shafee menjelaskan, pertuduhan yang dirangka sedemikian menyebabkan kekeliruan sama ada Najib perlu membela diri terhadap satu atau beberapa kesalahan sekaligus.

“Prinsip ‘satu kesalahan, satu pertuduhan’ adalah asas kepada sistem keadilan jenayah. Jika pertuduhan digabungkan tanpa perincian jelas, ia menafikan hak tertuduh untuk membela diri dengan sewajarnya,” katanya.

@therakyatinsight Pertuduhan 1MDB Didakwa Bercamuk dan Cacat dari Segi Undang-Undang Peguam kepada Datuk Seri Najib Razak berhujah di Mahkamah Tinggi Putrajaya bahawa pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri itu dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bercanggah dengan prinsip asas undang-undang jenayah. Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyatakan, setiap satu daripada empat pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM mengandungi pelbagai kesalahan yang digabungkan dalam satu kertas pertuduhan, termasuk perbezaan dari segi tarikh, lokasi, dan peranan jawatan yang disandang anak guamnya. Menurut beliau, tindakan pendakwaan itu melanggar Seksyen 163 Kanun Acara Jenayah yang memperuntukkan bahawa setiap pertuduhan mesti mengandungi hanya satu kesalahan bagi memastikan keadilan kepada tertuduh. Peguam Hasnal Rezua Merican pula menjelaskan bahawa keadaan ini menyebabkan kekeliruan terhadap bentuk pembelaan yang perlu dikemukakan oleh Najib, sama ada bagi satu atau beberapa kesalahan serentak. Tan Sri Shafee turut menegaskan bahawa prinsip “satu kesalahan, satu pertuduhan” merupakan asas utama sistem keadilan jenayah dan mesti dipatuhi untuk menjamin hak tertuduh. Beliau turut merujuk kepada beberapa kes terdahulu seperti kes Jagar Singh (1936), kes Sam Ke Ting (basikal lajak) dan kes Ravindran lawan Pendakwa Raya, di mana mahkamah membatalkan sabitan apabila didapati pertuduhan mengandungi lebih daripada satu kesalahan. Selain itu, beliau turut mempersoalkan lokasi dan bentuk kesalahan yang didakwa, termasuk tuduhan bahawa Najib menyalahgunakan kedudukan di AmBank Jalan Raja Chulan sedangkan beliau tidak pernah berada di sana. Shafee berhujah bahawa bentuk pertuduhan itu menunjukkan ketidakpastian asas dalam kes, menjadikannya cacat dan tidak sah. Oleh itu, beliau menegaskan anak guamnya wajar dilepaskan dan dibebaskan daripada semua pertuduhan berkaitan dana 1MDB. #1MDB #najibrazak #rakyatinsight ♬ original sound – The Rakyat Insight

Beliau turut memberi contoh kes terdahulu termasuk kes Jagar Singh (1936), kes Sam Ke Ting (basikal lajak) dan kes Ravindran lawan Pendakwa Raya, di mana mahkamah telah membatalkan sabitan apabila didapati pertuduhan menggabungkan lebih daripada satu kesalahan.

Peguam itu berhujah bahawa situasi sama berlaku dalam kes 1MDB apabila pihak pendakwaan menuduh Najib menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan suapan RM60 juta antara 24 Februari hingga 14 Jun 2011, tetapi dalam pertuduhan yang sama turut memperincikan empat lagi tindakan berasingan yang dilakukan antara 2009 hingga 2011 di lokasi berbeza termasuk mesyuarat Kabinet Putrajaya dan Hotel Royal Bintang Damansara.

“Pertuduhan ini bukan sahaja melibatkan pelbagai tindakan, malah mencampuradukkan peranan Najib sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan, dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB,” katanya.

Beliau menambah bahawa kekeliruan turut timbul apabila pihak pendakwaan mendakwa kesalahan berlaku di AmBank Jalan Raja Chulan, sedangkan Najib tidak pernah berada di lokasi itu.

“Jika dikatakan kesalahan berlaku ketika wang masuk ke akaun, itu sepatutnya kesalahan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM (menerima suapan), bukan di bawah Seksyen 23 (menyalahgunakan kedudukan). Ini jelas menunjukkan ketidakpastian asas dalam bentuk pertuduhan yang dikemukakan,” katanya.

Tan Sri Shafee berhujah bahawa kecacatan tersebut menjadikan semua pertuduhan terhadap Najib tidak sah dan terbatal, justeru anak guamnya layak dilepaskan dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles