Mengapa Ceramah PN boleh 2,000 orang, lain-lain hanya 100 saja? Soal Lim Guang Eng

Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di dalam SOP PRN Johor dan turut mendakwa badan pengurus Pilihanraya itu mengamalkan sikap dwistandard dalam syarat mengehadkan ceramah politik semasa tempoh kempen rasmi sedangkan kempen Perikatan Nasional (PN) sudahpun berjalan lancar.

Ini selepas melihat program yang dianjurkan PN malam tadi dimana ianya mencatatkan kehadiran 2,000 orang.

Mengikut peraturan SPR yang disiarkan malam tadi, majlis ceramah akan dihadkan kepada hanya 100 orang apabila kempen secara rasmi bermula pada 26 Feb.

“Adalah tidak masuk akal dan tidak logik bahawa majlis dengan 2,000 hadirin yang diadakan secara terbuka oleh PN dibenarkan sebelum hari penamaan calon, tetapi parti pembangkang tidak boleh melakukan perkara yang sama semasa tempoh berkempen selepas hari penamaan calon.

“Adakah SPR mendengar nasihat profesional dalam melarang ceramah di kawasan terbuka atau awam walaupun pendapat pakar mengenai kawasan lapang mempunyai risiko penularan Covid-19 yang lebih rendah berbanding ruang dalam, disebabkan pengudaraan yang lebih baik?

“SPR tidak seharusnya mendengar ‘nasihat politik’ tetapi bersikap bebas dan mengekalkan sikap berkecuali bagi mengelak dilihat memihak kepada parti pemerintah serta menentang parti pembangkang,” katanya.

Lim mencadangkan kempen pilihan raya Johor perlu membenarkan ceramah terbuka dengan peraturan standard seperti mandat pelitup muka, kebenaran untuk individu yang diberi vaksin sepenuhnya sahaja dan penjarakan fizikal.

“Dengan kerajaan mempertimbangkan untuk membuka semula sempadan antarabangsa, sekatan ke atas perbincangan dan kempen ini adalah tidak selaras dan tidak sesuai dengan situasi Covid-19 dua tahun lalu,” katanya.

Perhimpunan PN malam tadi dihadiri pemimpin parti komponen yang memenuhi padang berbumbung. Gambar-gambar acara menunjukkan bahawa pemimpin tertinggi melanggar peraturan penjarakan fizikal di bawah khemah.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin ketika berucap pada majlis itu mengakui dia dijangkiti Covid-19 minggu lepas tetapi telah pulih sepenuhnya.

Minggu lalu, Kementerian Kesihatan mengeluarkan kompaun RM1,000 setiap seorang termasuk Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein, bekas Menteri Besar Johor Hasni Mohammad dan presiden MIC SA Vigneswaran kerana melanggar SOP Covid-19 pada satu majlis lain anjuran MIC.

BBerkaitan

Latest articles