KUALA LUMPUR: Selepas 28 tahun, Menara Kuala Lumpur bakal menyinari sambutan Tahun Baru 2025 dengan pertunjukan bunga api ikonik, menjadikannya acara pertama seumpamanya sejak perasmian pada tahun 1996.
Bertemakan “Quarter Century Celebration”, sambutan ini akan berlangsung pada 31 Disember 2024, menampilkan pelbagai acara menarik termasuk, Pertunjukan Bunga Api selama lima minit dari Tower Terrace dan Aras TH07.
Turut dianjurkan adalah Persembahan muzik oleh Sky Band untuk menceriakan malam serta Pek parti dan hidangan ringan disediakan untuk semua pengunjung.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, Encik Nazli Saad, sambutan ini adalah peluang untuk mengimbau semula asal-usul Menara Kuala Lumpur.
“Sejak tahun 1996, kami berdiri sebagai simbol pembangunan dan kemajuan Kuala Lumpur.
“Selepas 28 tahun, kami sangat teruja untuk membawa kembali pertunjukan bunga api ini, kerana ianya dapat memberi peluang kepada rakyat Malaysia dan pengunjung antarabangsa untuk meraikan malam Tahun Baru dalam suasana yang ikonik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
TIKET EKSKLUSIF – DAPATKAN SEKARANG
Tiket berharga RM88 seorang memberi akses ke lokasi terbaik untuk menikmati sambutan Tahun Baru.
Hubungi: +603-2020 5421
Laman Web: kltower.com.my
Media Sosial: Ikuti @menarakl di Facebook, Instagram, dan TikTok untuk maklumat lanjut.
Raikan permulaan tahun baru yang penuh memori di Menara Kuala Lumpur – sebuah pengalaman yang tidak patut dilepaskan!