Menang Di Pelangai, Bukti Hanya Ada Gelombang Biru dan Merah

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kemenangan mereka di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai, semalam isyarat jelas bahawa tiada gelombang hijau di Pahang seperti didakwa pihak lawan.

Sebaliknya kemenangan calon BN, Datuk Amizar Abu Adam membuktikan hanya ‘Gelombang Biru dan Merah’ yang wujud di negeri berkenaan, selain petanda baik kerjasama dalam kerajaan perpaduan semakin diterima rakyat.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi DUN Pelangai dan ucapan tahniah saya ucapkan kepada Amizar Abu Adam di atas kemenangan pada PRK DUN Pelangai kali ini,” katanya di Facebook.

BN mempertahankan kerusi DUN Pelangai dalam pertembungan tiga penjuru, dengan calonnya menang dengan majoriti 2,949 undi.

Amizar memperoleh 7,324 undi, sekali gus menewaskan Perikatan Nasional (PN) yang diwakili Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi manakala calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli hanya 47 undi.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata kemenangan tersebut membuktikan formula kerjasama antara parti dalam kerajaan perpaduan diterima rakyat.

“Kemenangan dengan majoriti selesa ini membuktikan bahawa pengundi Pelangai mahu kerjasama di Pahang yang diterajui Wan Rosdy Wan Ismail terus stabil dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles