Menang 45 Kerusi, GPS Bentuk Kerajaan Negeri

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bagi membentuk kerajaan negeri.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh dengan memaklumkan setakat jam 8.45 malam tadi, GPS berjaya memenangi 45 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

“Bagi pengisytiharan PRN Sarawak Ke-12 hari ini, proses pengundian berjalan dengan baik dan lancar.

“Bagi keseluruhan sehingga jam 8.45 malam, GPS memenangi 45 dari 82 kerusi dan dengan ini berjaya memperoleh majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi dipertandingkan,” katanya ketika mengumumkan perkara itu.

PRN Sarawak kali ini menyaksikan 13 pertandingan tiga penjuru, 33 empat penjuru, 24 lima penjuru, tujuh pertembungan enam penjuru, satu persaingan lapan penjuru dan empat satu lawan satu.

GPS meletakkan 82 calon diikuti Parti Bumi Kenyalang (PBK) (73), Parti Sarawak Bersatu (PSB) (70), Parti Keadilan Rakyat (PKR) (28), DAP (26), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) (15), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) (11), Parti Amanah Negara (Amanah) (lapan), Parti Sedar Rakyat Sarawak (Sedar) (lima) dan PAS (1).

BBerkaitan

Latest articles