Membangun Malaysia MADANI, 4 Dekad Dahulu

KENYATAAN yang dikeluarkan oleh Prof. Mohamad Yunus di World Economic Forum, Davos, Switzerland, baru-baru ini berkaitan Amanah Ikhtiar Malaysia merupakan satu bukti hidup betapa komitednya PM X dalam mengangkat martabat kumpulan rentan miskin di negara ini, Malaysia.

Lebih awal dari itu lagi, pada tahun 1974, PM X selaku pemimpin mahasiswa bergerak ke Baling, berdemonstrasi membela nasib pekebun kecil getah yang miskin, terhimpit kerana kejatuhan harga getah ketika itu.

Prof. M. Yunus, melalui Grameen Bank di Bangladesh telah berjaya mengeluarkan beribu-ribu orang dari kelompok miskin tegar. Beliau telah mendapat Anugerah Nobel melalui usaha ini.

Pinjaman mikro-kredit yang diberikan bersama bimbingan mingguan kepada peserta telah berjaya mengubah status ekonomi mereka.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ketika menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1987, beliau telah mengarahkan USM (pada ketika itu IPTA berada di bawah KPM) untuk melakukan kajian berkaitan kesesuaian konsep Bank Grameen ini. Kajian ini diketuai oleh Prof. Dr. Shukor Kassim dan Dr. Gibbon yang akhirnya membawa kepada penubuhan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Jika ditelusuri lagi, kita akan bertemu perjuangan DS Anwar dalam membela golongan miskin ini ketika beliau sebagai Menteri Pertanian. Beliau menggerakkan aktiviti Pasar Tani, yang bertujuan memerangi penindasan orang tengah terhadap golongan petani miskin di luar bandar. Ini berlaku pada tahun 1985.

Sebab itu pada 2022 dalam buku Membangun Negara Madani beliau memberikan takrifan beliau sendiri berkaitan IHSAN iaitu:

….perasaan Ihsan itu adalah soal menyelami penderitaan dan kemelaratan orang lain, lalu berusaha untuk mencari jalan bagi memgubatinya…..

Kini beliau berperang dengan kartel dalam pelbagai bentuk. Kini beliau bertungkus-lumus menyusun kembali ekonomi yang telah dirosakkan oleh para penindas rakyat.

Maka benarlah apa yang pernah diungkapkan bahawa nukilan beliau dalam buku Membangun Negara MADANI bahawasanya:

Kerangka MADANI merupakan kemuncak kepada pengalaman selama empat dekad dalam perkhidmatan awam dan belasan tahun yang dihabiskan bagi memikirkan tentang negara ini dan masa hadapannya.

MADANI bukan slogan tetapi adalah satu terjemahan taat setia dan kasih sayang seorang pejuang terhadap negaranya, Malaysia.

Amidi bin Abdul Manan,
Pengarah Eksekutif,
IDE Research Centre.

BBerkaitan

Latest articles