Memandu Hingga Sebabkan Kematian, Wanita Dipenjara 6 Tahun, Denda

Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM8,000 terhadap pemandu wanita yang menyebabkan kematian seorang anggota tentera dalam kemalangan Sabtu lalu.

Pemandu Wanita Sebabkan Kematian Anggota Tentera Bakal Berdepan Lima Tuduhan

Keputusan itu dibuat Majistret Suhaila Shafi’uddin selepas Nur Fatin Nazrah Suhaimi, 23, mengaku bersalah atas tuduhan dihadapi.

Hakim turut memerintahkan tertuduh, yang juga pekerja kilang untuk membayar denda berjumlah RM3,300 atas tiga lagi kesalahan iaitu tidak mempunyai lesen memandu dan memandu kenderaan tiada cukai jalan serta insurans, selepas turut mengaku bersalah atas ketiga-tiga kesalahan berkenaan.

Nur Fatin kini menjalani prosiding pertuduhan kelima iaitu kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan.

Dalam kejadian Sabtu lalu, wanita berkenaan yang dilihat memandu terlalu laju telah melanggar kenderaan yang dipandu seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31, sehingga maut di lokasi kejadian.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

X50 Dilancar Secara Rasmi Hari Ini, Harga Bermula RM79,200

Sekian lama ditunggu-tunggu, Proton Holdings Berhad (Proton) pada hari ini melancarkan SUV keduanya, Proton X50 yang dibangunkan bersama rakan kerjasama, Zheijiang Geely Holdings Group. Sebanyak...

Selepas Lompat Pagar Pejabat SPRM, Alvin Akhirnya Ditahan Di Pusat Peranginan

Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, suspek utama kes pengubahan wang haram akhirnya ditemui di sebuah pusat peranginan di Pahang, dipercayai bersembunyi dari satu...

Desak Muhyiddin Letak Jawatan Hanya Untuk Puaskan Nafsu Pembangkang, Kata Bung

Pembangkang diminta bermuhasabah diri dan mendalami titah Yang di-Pertuan Agong, selain menghentikan desakan supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan. Timbalan Ketua Menteri...

Lebih 10,000 Pegawai, Anggota Polis Positif Covid-19, Kena Kuarantin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan lebih dari 10,000 pegawai dan anggota polis dikuarantin selepas didapati positif Covid-19. Situasi ini memberi kesan kepada...

Kesemua Ahli Parlimen PAS Sokong Muhyiddin

Kesemua 18 ahli parlimen PAS menyatakan kesetiaan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin,...