Megat Zulkarnain Lega ‘Pengundi Hitam’ Mula Terima Gabungan BN-PH

KUALA LUMPUR: Penerimaan penyokong UMNO terhadap Kerajaan Perpaduan sudah makin semakin pulih dan bertambah, itu kata Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, Datuk Wira Megat Zulkarnain Omardin.

Malah sepanjang kempennya sejak minggu lalu di DUN berkenaan, Megat Zulkarnain dimaklumkan oleh jentera-jentera yang membantu kempennya bahawa mengatakan sambutan amat baik diberikan oleh pengundi.

Beliau juga turut menerima pandangan yang sama daripada bakal pengundi terutama pengundi hitam dan kini mereka telah memahami.

“Kalau dulu pengundi itu memang hitam menolak kononnya sebab UMNO bersama dengan DAP, tapi yang terbaru ni dah tak ada.

“Mereka dah faham kerana mereka namoak tidak menampakkkan sebarang tekanan kepada kami parti-parti yang berteraskan kepada kaum,” ujarnya.

Megat Zulkarnain percaya penerimaan rakyat terhadap gabungan Kerajaan Perpaduan itu adalah disebabkan peranan yang dimainkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam menjelaskan tentang pentingnya mewujudkan Kerajaan Perpaduan dalam negara difahami penduduk di kawasan Parlimen Gombak.

Begitu juga dengan penjelasan yang sering dilakukan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada majlis-majlis yang dihadiri orang ramai.

Ini sekaligus dapat meyakinkan bahawa kerajaan sedia ada mampu membawa masa depan negara ke arah yang lebih baik.

“Saya melihat ia tak menjadi begitu sukar (berkempen) sebab pertama sekali kita mesti akui Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiap-tiap hari menjelaskan kepada rakyat.

“Saya fikir kalau lebih 30 juta rakyat Malaysia mereka dah faham kenapa pentingnya kerajaan perpaduan ini demi kestabilan.

“Kami di peringkat akar umbi ini hanya buat final touch up (kerja-kerja akhir) mengikut kesesuaian di kawasan masing-masing..

“…dan propaganda-propaganda yang dimainkan oleh pihak lawan walaupun diperingkat awal dilihat macam memberi tekanan dan kesan tetapi akhirnya satu demi satu mereka mula lihat kecenderungan untuk meyakini itu telah mula berkurangan,” katanya memetik MalaysiaGazette.

BBerkaitan

Latest articles