MEEDC Sasar Buka pusat khidmat usahawan di 222 Parlimen

Shah Alam — Pertubuhan Pusat Data Usahawan dan Ekosistem Malaysia (MEEDC) menyasarkan untuk membuka 222 pusat khidmat usahawan di setiap wilayah parlimen di seluruh negara termasuk pembinaan dan pembukaan Grocer99 mart.com untuk menyokong pembangunan ekonomi di peringkat akar umbi.

Presidennya, Tengku Adena Tengku Abdullah berkata, selain daripada itu, penubuhan projek pertama dibawah pertubuhan tersebut telah membuktikan bahawa banyak usahawan tempatan yang menghasilkan produk dan mampu untuk dibawa kehadapan.

Dengan adanya pusat khidmat beserta Grocer99 mart tersebut, ia akan menjadi pusat pemantauan pendidikan, pembangunan ekonomi dan perniagaan keusahawanan di setiap wilayah parlimen” katanya di dalam satu kenyataan hari ini.

Presiden MEEDC Tengku Adena Tengku Abdullah bersama Y.A.M Tengku Puteri Dato’ Sri Hjh Zahariah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj sewaktu perasmian pembukaan Grocer99 di Shah Alam selangor

Menurut beliau lagi , antara fokus utama penubuhan Grocer99 mart tersebut adalah untuk menyediakan pasaran sedia ada kepada pengusaha produk makanan frozen halal bumiputera islam selain dari membuka peluang untuk membantu usahawan menaik taraf perniagaan dengan memperbesarkan lagi pengeluaran mereka.

Tambahnya dalam pada masa sama dapat mengembangkan produk makanan berasaskan pertanian dan perikanan kepada pengeluaran produk halal supaya dapat meneroka pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Konsep dan idea yang di ilhamkan oleh Penasihat Eksekutif MEEDC, Datuk Seri Ahmad Khusairi Bani Hashim Al-Haj ini telah berjaya terhasil dengan pembukaan cawangan pertama di seksyen 22 Shah Alam dan dirasmikan oleh Y.A.M Tengku Puteri Dato’ Sri Hjh Zahariah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj yang juga merupakan Penaung Kehormat DiRaja MEEDC Malaysia hari ini.

Dengan sasaran utama pembinaan Grocer99 mart.com di seluruh negeri dan di setiap Wilayah Parlimen projek ini dengan jangkaan akan berada di bursa Malaysia pada tahun 2026.

“Melalui program ini, usahawan yang berhasrat untuk membina syarikat akan dibimbing sehingga mereka mampu membina legasi perniagaan yang boleh diwarisi,”

Jelasnya lagi, MEEDC ditubuhkan sebagai pusat pemantauan, perancangan, pembangunan perniagaan dan keusahawanan nasional ke peringkat antarabangsa.

“Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Islam dibawah projek Grocer99 Mart.com bakal membuka peluang kepada lebih banyak IKS untuk maju terus kehadapan membina idea dan perniagaan yang lebih berdaya saing.

Dengan menggunakan slogan, Halal Itu Wajib, membuktikan bahawa betapa serious MEEDC dan program Grocer99 mart.com untuk membawa jenama ini keperingkat lebih tinggi Bursa Malaysia@IPO katanya

BBerkaitan

Latest articles