MBKM Setuju Pindaan Undang-undang Negeri, Termasuk Benarkan Individu 18 Tahun Jadi Calon Pilihan Raya

 

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) Ke-137 yang diadakan semalam bersertuju untuk membuat pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan individu berusia 18 tahun menjadi calon pilihan raya umum, pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil, demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Mesyuarat turut bersetuju supaya lebih banyak sesi libat urus antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri terutama melibatkan projek-projek pembangunan di negeri-negeri,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri turut berharap seluruh kerajaan negeri menyegerakan pelaksanaan projek berkaitan perniagaan dan ekonomi bagi merancakkan semula sektor ekonomi negara.

“Antara perkara yang perlu ditangani dan ditambah baik ialah kelewatan proses kelulusan berkaitan tanah dan lesen perniagaan di peringkat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

MBKM juga sepakat untuk meningkatkan sistem dan proses penyampaian dengan mengurangkan karenah birokrasi melalui inisiatif pendigitalan.

Begitu juga dengan kerjasama antara kerajaan pusta dan negeri untuk mencapai matlamat Agenda Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Negara termasuk memulihkan kemusnahan hutan dan degradasi tanah menjelang 2030.

Ketika ini, kerajaan sedang mempertimbang pemberian insentif kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan program dan projek dalam usaha menjamin kelestarian biodiversiti.

“Pemberian berbentuk pampasan itu merupakan inisiatif untuk menggalakkan kerajaan negeri meningkatkan penjagaan serta pemuliharaan hutan termasuk mengawal aktiviti pembalakan dan mewartakan kawasan tadahan air,” katanya.

Sementara itu, Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negeri (MED4IR Negeri) akan ditubuhkan untuk melihat keperluan caj dan fi perkhidmatan agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan yang menyebabkan kadar bayaran perkhidmatan telekomunikasi tinggi serta membebankan rakyat.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Advertisment

Terkini