MB T’ganu Memang Di New Zealand, Pulang M’sia Hari Ini

KUALA LUMPUR: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar disahkan berada di Auckland, New Zealand, demikian menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Terengganu Hanafiah Mat.

Hanafiah, dalam masa yang sama memaklumkan Ahmad Samsuri akan pulang hari ini.

Beliau menjelaskan kritikan orang ramai terhadap Ahmad Samsuri yang tidak berada di lokasi banjir di seluruh negeri Terengganu, memandangkan ke luar negara

Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, dan Perpaduan Nasional Terengganu, berkata beliau tidak pasti masa ketibaan pemimpin berkenaan.

“Insya-Allah, Menteri Besar akan balik dari New Zealand hari ini, tapi jam berapa tidak dapat dipastikan.

“Sebagai timbalan pengerusi bencana negeri, saya sangat berpuas hati di semua lapangan dan di PPS (pusat pemindahan sementara).

“Semua exco dan juga wakil rakyat memainkan peranan dengan sangat baik. Jadi, tidak timbul soal ketiadaan menteri besar di Terengganu kerana semua urusan banjir di sini terkawal,” katanya.

Sejak beberapa hari lalu, pelbagai pihak mempersoalkan dan mengkritik Ahmad Samsuri yang tidak turun padang melawar mangsa banjir, setelah mendakwa Ahmad Samsuri dan keluarganya berada di luar negara

Dikatakan, Ahmad Samsuri dan isterinya berlepas ke Auckland pada 11 Disember dan dijangka pulang pada esok.

Kali terakhir Ahmad Samsuri dilihat berada di Terengganu ketika mengiringi Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah ke Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kali ke-20 pada 11 Disember lalu.

Sehari sebelum majlis itu, Naib Presiden PAS itu sempat meninjau keadaan mangsa banjir di beberapa PPS di sekitar Chendering dan Atas Tol di sini serta Tok Jembal di Kuala Nerus.

BBerkaitan

Latest articles