MB Selangor Gagal, Tak Tahu Arahan MKN No. 20, Gagal Beza Bencana Vs Keselamatan

 

MB Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari cuba berlagak hero dan naratif cuba menyalahkan kepimpinan di Putrajaya sedangkan beliau sendiri sesungguhnya tidak memahami kuasa seseorang MB. Amirudin juga tak faham beza Bencana dgn Keselamatan.

Tidak keterlaluan jika di katakan bahawa beliau masih terlalu jumud dengan tata cara kelola pengurusan Bencana vs pengurusan keselamatan. Malah Amirudin lemah hal pentadbiran awam lebih-lebih lagi berkaitan dengan bencana. Amirudin sgt kejumudan pengetahuan beliau sendiri.

Untuk pengetahuan umum, di bawah akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak wujud langsung akan jawatan “PENGERUSI MKN NEGERI”.

Yang ada hanyalah, PENGARAH KESELAMATAN NEGERI (MKN), iaitu penjawat awam daripada persekutuan. Ini adalah fakta yang harus di fahami dan dihadam terlebih dahulu sebelum Amirudin mencarut dan melalut seperti badut.

Sebagai MB, Amirudin
juga berfungsi sebagai seorang PENGERUSI JAWATANKUASA BENCANA NEGERI dan mempunyai kuasa untuk memanggil sidang mesyuarat pada bila-bila masa yang di rasakan sesuai tanpa perlu menunggu arahan PM pun. Itu negeri kamu dan kamu yg lead managenent. Semua Pegawai Daerah yang menjadi urus setia bencana daerah adalah kuasa MB bukan kerajaan pusat pun. Mereka boleh bertindak lebih awal tak perlu tunggu PM pun.

Serupa benar Amirudin urus bencana Air setiap bulan Selangor mati air pun salah MKN dan PM juga ker?

Jika semua ingin menunggu arahan daripada persekutuan semata-mata adalah lebih baik Negeri Selangor ditadbir dan di pulangkan kepada pihak kerajaan pusat sahaja kerana MB yang ada seperti hanya ingin menikmati kekayaan negeri Selangor dan tidak berjiwa besar untuk memikul kesalahan “fatal” yang dilakukan oleh beliau sendiri.

Sewaktu mesyuarat keselamatan mahupun bencana negeri yang di pengerusikan oleh MB, seorang MB berhak meminta kepada pihak MKN untuk menyelaraskan semua agensi yang dirasakan perlu di bawah “Arahan MKN No 20” yang telah di luluskan oleh kabinet tetapi tidak dilakukan oleh Amirudin di sebabkan oleh kejumudan beliau sendiri akan sstem pentadbiran awam. Amirudin tak pernah baca Arahan MKN No. 20 sebab itulah dia menyalahkan semua pihak.

Untuk meletakkan kesalahan pada NADMA semata-mata juga adalah sangat tidak wajar di sebabkan NADMA tidak memiliki akta mahupun peruntukan kuasa untuk memanggil agensi-agensi bagi mesyuarat keselamatan. Kuasa menyelaras agensi ada pada MKN dan boleh diminta oleh Amirudin jika dia sedar akan peranan beliau sebagai Pengerusi Jatawankuasa Keselamatan & Bencana Negeri.

Bahkan setelah Mesyuarat Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor (17.1.2021) masih tiada tindakan kesiap-siagan yang di lakukan oleh MB tersebut seolah-olah datang menghadiri mesyuarat hanya untuk menikmati hidangan sahaja dan tidak lebih sedangkan sidang mesyuarat adalah berkaitan dengan amaran akan banjir dan banjir kilat di beberapa kawasan sekitar negeri Selangor.

Pada peringkat negeri sahaja MB-Amirudin Shari telah gagal mengurus tadbir Selangor dengan baik hingga negeri yang kaya itu begitu terkesan dengan bencana banjir pada kali ini.

Jika benar beliau bersungguh-sungguh maka kesan banjir dapat di minimakan, kerana Selangor yang merupakan lubuk perindustrian adalah negeri yang kaya.
MB boleh sahaja jika benar siap siaga menyantuni rakyat Selangor dengan mengarahkan pembinaan tembok penghalang Sungai Klang di belakang Taman Sri Muda ataupun memperdalam sungai Klang itu sendiri tetapi tidak di lakukan kerana takut membazir barangkali.

Lain kali, sebelum menunding jari hanya untuk melepaskan diri daripada kesalahan sendiri, pelajari terlebih dahulu struktur pentadbiran, selok-belok dan cara kelola organisasi dengan betul. Kerana jika tidak, yang di undang hanyalah kesilapan yang memalukan diri sendiri seperti MB Selangor Amirudin Shari.

Bahasa mudahnya, jumlah mangsa banjir Pahang mencecah 40,000 manakala Selangor tidak sampai 30,000 pada 18-20 Disember. MB Pahang tenang mengurus mangsa banjir, Amirudin kelam kabut dan kelihatan cemas. Rakyat Pahang steady, rakyat Selangor kelam kabut gara-gara Amirudin yg tidak perform. Lain kali lantiklah MB Selangor dari kalangan anak jati Selangor, baru ada cinta yg mendalam kpd Negeri Selangor. K bye…

-RP-

BBerkaitan

Latest articles