MB Johor Bakal Menghadap Sultan Johor Maklum UMNO Setuju Adakan PRN

JOHOR BAHRU: Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor hari mengesahkan parti itu bersetuju untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan, dan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad akan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, petang ini.

Hasni yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Johor berkata, persetujuan itu diperoleh ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor, hari ini.

“Oleh itu, saya akan menghadiri mesyuarat kerajaan di Kota Iskandar dahulu sebelum menghadap Sultan Johor pada jam 5 petang ini.

“Saya akan mengadakan sidang media pada jam 6 petang ini di Pejabat Perhubungan UMNO Johor selepas selesai menghadap Sultan Johor,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor, hari ini.

Hasni dalam pada itu memberitahu beliau akan mengadakan mesyuarat bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan seterusnya membuat sidang media di pejabat UMNO sebaik mesyuarat tersebut tamat.

Ditanya mengenai keputusan Mesyuarat UMNO, beliau memaklumkan beliau telah diberi mandat untuk menjalankan PRN dari kesemua Ketua Bahagian UMNO negeri.

BBerkaitan

Latest articles