Mazlan Bujang Umum Keluar Bersatu, Kini Sokong BN

 

KUALA LUMPUR: Ketua Parti Bersatu Bahagian Tebrau, Mazlan Bujang hari ini mengumumkan keluar dari parti berkenaan berkuatkuasa serta-merta.

Menerusi satu kenyataan, Mazlan yang juga Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor memberitahu keputusan keluar parti itu diambil selepas memikirkan kesannya secara waras.

Turut mengambil keputusan yang serupa adalah beberapa lagi pemimpin bahagian.

“Saya mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Ketua PPBM Bahagian Tebrau berkuatkuasa serta-merta dan keluar dari parti PPBM.

“Turut sama meletak jawatan ialah Setiausaha PPBM Bahagian Tebrau serta pegawai dan beberapa ahli jawatankuasa PPBM Tebrau,” katanya pada sidang media di Johor Bahru, hari ini.

Menurut Mazlan, kesemua mereka berpendirian menyokong Datuk Hasni Mohamad untuk menerajui semula negeri Johor dan mewujudkan kestabilan politik demi masa depan negeri yang lebih baik untuk kebaikan rakyat di negeri berkenaan.

Ia juga perlu untuk mewujudkan kestabilan kerajaan negeri dan kepimpinan yang diyakini rakyat setelah kegagalan dua menteri besar sebelum ini.

Tambah Mazlan, kedua-dua pihak Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu gagal menunjukkan kepimpinan yang baik menerusi menteri besarnya sebelum ini.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,682FollowersFollow
20,500SubscribersSubscribe

Terkini