Mayat Wanita Dipercayai Dikerat Ditemui Di Tapak Sampah

KOTA KINABALU: Suasana pagi yang sepatutnya tenang bertukar gempar apabila satu mayat dalam keadaan tidak sempurna ditemukan di kawasan pembuangan sampah di Indah Permai, kira-kira jam 7 pagi tadi.

Penemuan mengerikan itu dipercayai melibatkan seorang wanita dan ditemui oleh pekerja lori sampah yang sedang menjalankan rutin harian mengutip sisa buangan di kawasan berkenaan.

Menurut maklumat awal, pekerja terbabit terkejut selepas menyedari terdapat objek mencurigakan ketika mahu mengangkat sampah sebelum membuat pemeriksaan lanjut.

Keadaan mayat yang dipercayai telah dipotong-potong itu segera mencetuskan panik dalam kalangan penduduk setempat.

Perkara berkenaan kemudian tular di media sosial, sekali gus menarik perhatian ramai sebelum laporan dibuat kepada pihak berkuasa.

Sehingga kini, pasukan polis masih berada di lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti identiti mangsa dan motif kejadian.

Kawasan sekitar turut dikawal bagi memudahkan proses forensik.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan.

BBerkaitan

Latest articles