Mayat Terakhir Tragedi Batang Kali Ditemui

KUALA LUMPUR: Mayat terakhir kejadian tanah runtuh di Batang Kali akhirnya dijumpai kira-kira jam 4.50 petang di kawasan pencarian di Sektor A iaitu kawasan berbukit.

Hari ini genap sembilan hari operasi mencari dan menyelamat mangsa di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm.

Dalam pada itu mayat kanak-kanak lelaki itu sudah pun dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh untuk proses selanjutnya.

Untuk rekod tragedi runtuhan yang berlaku pada awal pagi 16 Disember lalu telah meragut 31 nyawa, manakala 61 selamat.

BBerkaitan

Latest articles