Mayat Mangsa Kepala Air Sungai Klang Ditemui Di Sungai Kandis

SHAH ALAM: Misteri kehilangan seorang lelaki yang dihanyutkan kepala air ketika bekerja di Sungai Klang Ahad lalu berakhir apabila mayatnya ditemukan di Kampung Sungai Kandis pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam, berkata mayat berkenaan dijumpai kira-kira jam 10.30 pagi sebelum dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.

Katanya, sidang media akan diadakan bagi memaklumkan perkembangan lanjut penemuan itu.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang ketika melakukan kerja penambahbaikan sungai berhampiran Pintasan Saloma sekitar jam 5.40 petang.

Daripada 13 pekerja di lokasi ketika kejadian, 12 berjaya diselamatkan terdiri daripada tujuh warga Indonesia, empat Bangladesh dan seorang rakyat tempatan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) besar-besaran melibatkan lebih 200 anggota daripada pelbagai agensi telah digerakkan sejak insiden berlaku.

BBerkaitan

Latest articles