PULAU PINANG: Misteri kehilangan seorang pemuda berusia 25 tahun akhirnya terungkai pagi ini apabila pasukan penyelamat menemukan mayatnya pada jam 11.00 pagi selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.
Mangsa dilaporkan terjun dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang pada Ahad lalu, meninggalkan motosikal serta telefon bimbitnya di lokasi kejadian.
Kehilangannya mencetuskan operasi besar-besaran melibatkan pelbagai agensi.
Menurut pihak berkuasa, usaha SAR sebelum ini berdepan cabaran besar berikutan keadaan laut bergelora dan cuaca tidak menentu.
Namun operasi diteruskan seawal pagi ini sebelum pasukan penyelamat akhirnya menemui jenazah mangsa, sekali gus menamatkan penantian penuh pilu keluarga.










