KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki terbaring tidak sedarkan diri dengan leher dan kaki terjerut menggunakan ‘cable tie’, pagi tadi.
Mayat berkenaan ditemui di Pejabat Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya dan merupakan kakitangan jabatan tersebut yang berusia 45 tahun.
Berdasarkan siasatan awal, polis memaklumkan tiada sebarang unsur jenayah dijumpai di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai ‘Sudden Death Report’ (SDR).
Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.
Sehubungan itu orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta menghubungi hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Putrajaya 03-88862222 atau di mana-mana balai polis berhampiran.