Mayat Bayi Perempuan Ditemui Dalam Tong Sampah

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja pengutip sampah hari ini menemui satu mayat bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan, dengan berbalut kain dalam sebuah beg di tong sampah berhadapan sebuah rumah kebajikan di Lestari Perdana 1, Seri Kembangan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan, mengesahkan penemuan mayat mangsa berkulit cerah itu pada jam 9.30 pagi tadi.

Katanya, anggota bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menerima panggilan menerusi sistem MERS 999 mengenai kes pembuangan bayi di lokasi kejadian pada jam 10.05 pagi.

“Mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan siasatan masih diteruskan.

“Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kelahiran bayi terbabit boleh datang ke mana-mana balai polis berdekatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

BBerkaitan

Latest articles