SIMPANG RENGGAM: Calon Barisan Nasional (BN) Layang-Layang, Datuk Abd Mutalip Ab Rahim menempelak tindakan Dr Maszlee Malek yang meminta peguamnya membuat laporan polis serta mengemukakan bantahan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menutup pusat pengundian lebih awal.
Abd Mutalip menyifatkan tindakan beks menteri pelajaran itu sebagai sia-sia.
Abd Mutalip juga memaklumkan pihaknya telah melakukan semakan berhubung dakwaan itu dan mendapati tiga pusat undi sememangnya telah diwartakan ditutup awal.
Ini kerana kata Abd Mutalip, pusat undi itu mempunyai jumlah pengundi antara 100 hingga 180 sahaja.
Pusat undian itu ialah Semborong dan Southern Malay yang ditutup pada 2 petang manakala Ladang Tun Dr Ismail pula di tutup pada jam 4 petang.
“Manakala 11 lagi PDM tutup seperti biasa iaitu 6 petang.
“Pada saya perbuatan Maszlee mengarahkan peguamnya membuat laporan dan kemukakan bantahan sebenarnya sia-sia. Sudah di warta awal-awal,” ujarnya.
Maszlee juga adalah calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N27 Layang-Layang. – MalaysiaGazette
Terdahulu Maszlee mengarahkan peguam membuat laporan polis selepas tular di media sosial seorang wanita yang berang di hadapan sebuah pusat pengundian kerana tidak dapat masuk untuk mengundi.
Dalam video berdurasi 45 saat dan telah diedit tersebut kedengaran wanita berkenaan berkata, dia tidak pernah mendengar berita bahawa ada pusat mengundi akan ditutup sebelum pukul 5 petang.