Maszlee Mahu Bebas Bergerak Bersama NGO

Bekas Ahli Jawatankuasa Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Maszlee Malik memaklumkan dirinya tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politik, dalam tempoh terdekat ini.

Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata mahu bergerak melalui badan bukan kerajaan (NGO) dan memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan di kawasan parlimen itu.

Maszlee yang juga bekas Menteri Pendidikan mahu mengambil sikap tunggu dan lihat dalam keadaan politik semasa negara yang makin tidak tertentu, selain mencongak peluang terbaik dalam karier politik.

“Keadaan politik dijangka lebih jelas selepas tahun depan, terutamanya vaksin Covid-19 sudah ada dan pilihan raya (umum) boleh diadakan.

“Ketika itulah mungkin dia akan buat keputusan,” kata sumber memetik laporan Malaysiakini.

Maszlee, menurut sumber yang sama mengesahkan beliau ditawar untuk menyertai beberapa parti politik di dalam Pakatan Harapan (PH) sekiranya masih mahu berjuang dalam arena politik.

Sebelum ini Maszlee dikaitkan dengan akaun bersumpah menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim namun tidak ada pengesahan dipihaknya berkenaan dakwaan itu.

Kelmarin Maszlee mengumumkan menarik diri daripada jawatankuasa penaja Pejuang dan akan bergerak sebagai wakil rakyat bebas.

Beliau memberi alasan rakyat sudah muak dengan politik elitis dan mahu berbakti kepada rakyat di kala negara bergelut dengan wabak COVID-19.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini