KUALA LUMPUR: Berdepan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai 7 Oktober nanti, masyarakat Orang Asli tetap setia memilih kepimpinan Barisan Nasional (BN) sejak dari dahulu sehingga kini.
Ini kerana BN ternyata komited dengan agenda pembangunan dan hal itu baik dengan masa depan mereka, demikian menurut Batin Yihang Datoh dari Perkampungan Orang Asli Kampung Ulu Semei.
“Dulu masa Datuk Seri Johari datang sebelum mengundi dan selepas PRU-15 juga datang menziarah. Hasil dari rakyat dari dulu inilah hasilnya, ada jalan, air, api dan rumah.
“Dari dulu sampai sekarang memilih dacing dan menerima juga calon di mana dia juga perkenalkan diri kepada penduduk jadi masyarakat di sini mengenali Amizar.
“Sebelum ini mereka juga ternanti-nanti siapakah yang akan memimpin. Jika terpilih Armizar akan dapat terus berbakti kepada golongan kami,” katanya ketika meraikan ziarah oleh Calon BN, Datuk Amizar Abu Adam yang menziarah masyarakat Orang Asli di KOA Ulu Semei dan KOA Sungai Gapoi di Telemong.
Tambah Yihang mereka melihat perubahan demi perubahan yang berlaku kepada masyarakat Orang Asli dan masih memberi kepercayaan kepada kepimpinan BN.
Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai, tiga perkampungan utama orang Asli Sungai Bot, KOA Ulu Semei dan KOA Sungai Gapoi antara 16,420 pemilih berdaftar akan menunaikan tanggungjawa pada 7 Oktober nanti.
Manakala bagi Kartini Hassan, 48, berkata, sokongan tidak berbelah bahagi kepada BN memang sejak dari generasi nenek moyang mereka lagi
Daripada dulu sokongan dari sampai sekarang, tetap sayang. Kenapa BN, entahlah sudah dalam hati hati payah nak ubah untuk kami.
“Namun isu masyarakat Orang Asli lebih kepada tanah, kalau boleh masalah tanah untuk masyarakat Orang Asli diwartakan, harap sangat dengan BN dapat bantu,” katanya lagi.