Masyarakat Diingatkan Berhati-hati dalam Buat Kenyataan, Jaga Perbuatan

KUALA LUMPUR: Masyarakat diseru agar lebih berwaspada dalam mengeluarkan kenyataan atau bertindak supaya tidak mencetuskan salah faham serta ketegangan yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Na’im Moktar menegaskan bahawa sensitiviti kaum merupakan perkara yang perlu diberikan perhatian bagi mengelakkan konflik dalam masyarakat.

“Kita perlu berhati-hati dengan kata-kata dan tindakan kita. Isu sensitiviti kaum sangat penting dan perlu dihormati bagi memastikan keharmonian terus terpelihara. Kita tidak mahu sebarang kenyataan atau tindakan mencetuskan kemarahan mana-mana pihak,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri program Jalinan Muhibah Madani Tahun Baru Cina 2025 di Dewan Persatuan Hokkien Klang, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas insiden tular di media sosial yang melibatkan seorang penjaja jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.

Penjaja terbabit dilaporkan meletakkan notis berunsur perkauman yang menyinggung sensitiviti masyarakat India.

Menurut Dr Na’im, dalam era digital yang serba pantas, sebarang kesilapan dalam penggunaan bahasa atau tindakan boleh membawa kesan besar dan mencetuskan ketegangan kaum.

“Kita harus lebih berhati-hati dalam pertuturan dan tindakan agar tidak menyinggung mana-mana pihak, sekali gus mengelakkan perpecahan dalam masyarakat,” tambahnya.

BBerkaitan

Latest articles