MCA menegaskan parti DAP yang dipimpin Lim Kit Siang kini kehilangan ramai penyokongnya kerana mereka sudah sedar hakikat sebenar parti berkenaan.
Pengerusi Biro Media Baharu MCA Pusat, Lau Chin Kok berkata, sokongan terhadap DAP mula berubah setelah mereka menjadi kerajaan selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14, dua tahun lalu.
Pemimpin DAP yang mula mendapat kuasa mula mengejar kepentingan peribadi dan melupakan kebajikan rakyat, sekaligus lupa dengan perjuangan utama politik mereka.
Ini dapat dilihat dengan kemenangan Barisan Nasional (BN) di dalam beberapa siri pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan selepas pasca PRU15.
BN berjaya merampas kembali beberapa kerusi Parlimen dan DUN selepas PRU14, iaitu Cameron Highlands, Tanjong Piai, Kimanis, Semenyih dan Rantau.
Chin Kok juga menyentuh isu bagaimana Kit Siang ‘diperlekehkan’ ketika berkempen di PRK Cameron Highlands suatu ketika dahulu.
“Rakyat juga tentu tidak lupa dengan insiden Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang ‘disekolahkan’ penduduk Cameron Highlands ketika berkempen.
“Mungkin kerana terlalu terdesak untuk menang di PRK Cameron Highlands, Kit Siang berjanji akan mewujudkan blueprint supaya Orang Asli boleh menjadi warganegara penuh jika PH menang.
“Kit Siang lupa Orang Asli memang sudah menjadi warganegara penuh di Malaysia,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebooknya.
Menyedari kehilangan sokongan masyarakat Cina terhadap DAP, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng segera mengumumkan peruntan RM30 juta setahun kepada tabung amanah yang dikendalikan Persatuan Alumni Tunku Abdul Rahman (TAA) untuk Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC).
TAR UC merupakan institusi pendidikan tinggi yang diasaskan MCA.
Ramai yang menganggap TAA sebagai pemilik sah bagi TAR UC.
Mengambil contoh isu yang sama, Guan Eng turut mengurangkan peruntukan terhadap TAR UC daripada RM5.5 juta kepada hanya RM1 juta.
“Guan Eng kata, kerajaan PH boleh memberikan RM30 juta kepada institusi itu jika MCA melepaskan pemilikannya terhadap TAR UC tetapi selepas kalah di Tanjung Piai, beliau terus berubah fikiran dan baharu Guan Eng tahu pengundi Cina telah beralih undi daripada PH.
“Cukup-cukuplah DAP. Rakyat sudah nampak permainan kamu. Orang Melayu, Cina, India, Orang Asli dan seluruh etnik di negara ini sudah mula mengenali wajah sebenar DAP,” katanya