Mastura Turun Padang, Sertai Kempen Isham

SHAH ALAM: Penyandang kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Mohd Yazid sanggup datang dari jauh untuk memberi sokongan kepada Isham Jalil yang sedang berkempen ketika ini untuk menang di Parlimen Shah Alam.

Meskipun namanya tidak disenaraikan sebagai calon mana-mana kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini, hal itu tidak membataskan beliau untuk turut serta dalam aktiviti Taichi bersama warga Bandar Raya Anggerik di Laman Taichi Taman Tasik Shah Alam, semalam.

Isham Jalil dalam live Facebooknya memperkenalkan Mastura kepada pengunjung taman tasik sebagai ibu mertua Mira Filzah yang merupakan seorang pelakon, model dan usahawan wanita.

Kehadiran Mastura menunjukkan jiwa besar Wanita UMNO yang mengenepikan kepentingan diri demi memastikan kejayaan parti dalam PRU15.

BBerkaitan

Latest articles