Sebagai langkah pencegahan kepada Covid-19, pihak berkuasa Mekah menggunakan sebanyak 54,000 liter cecair pembasmi kuman untuk membersihkan Masjidil Haram pada setiap hari, sepanjang musim haji tahun ini.
Operasi pembersihan itu dilakukan oleh 3,500 pekerja dengan membersihkan bahagian dalam dan luar masjid sehingga 10 kali sehari.
Malah sekurang-kurangnya 95 peralatan moden bagi kerja-kerja pembersihan digunakan, selain
Ketua Umum Masjidil Haram dan Masjid Nabawi juga memaklumkan bilangan jemaah bagi musim haji tahun ini dikecilkan kepada hanya 10,000 jemaah yang dibenarkan berada dalam tanah suci itu.
Kesemua jemaah Haji di Arab Saudi kini dalam tempoh melontar jamrah sejak Jumaat lalu, iaitu salah satu kewajipan terakhir dilakukan jemaah dalam ibadat haji.
Musim Haji tahun ini dilaksanakan bersama kaedah pencegahan COVID-19 termasuk mengamalkan penjarakan sosial sepanjang proses itu dijalankan umat Islam.