Masih ‘Tak Selamat’ Untuk Diadakan PRN Melaka Ketika Ini

SEREMBAN: Kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seharusnya mempertimbangkan pandangan dari beberapa pihak, terutamanya daripada pakar perubatan dan kesihatan sebelum melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berpandangan PRN Melaka wajar ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19 masih belum reda di negara ini, meskipun kadar vaksinasi negara hampir mencapai 90 peratus.

Beliau berkata banyak pihak bimbang penularan COVID-19 boleh kembali berlaku secara mendadak seperti yang pernah berlaku selepas PRN Sabah.

“Walaupun kadar vaksinasi penuh untuk golongan dewasa telah hampir 90%, kadar jangkitan masih boleh menaik dengan mendadak.

“COVID-19 masih berada dalam komuniti, dalam hal ini kita perlu mendengar pendapat pakar perubatan dan pertimbangan sewajarnya perlu diambil,” katanya.

Malah Mohamad berkata, beberapa perkara lain perlu diambil kira, termasuk proses pemulihan yang sedang dilalui negara pada ketika ini, iaitu dalam meningkatkan semula ekonomi dan sosial.

Bagaimanapun jika PRN Melaka tetap diadakan, SPR perlu menetapkan kempen pilihan raya dilakukan secara maya dan pengundian dibuat dalam tempoh beberapa hari dan bukannya sehari.-

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,871FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini