Masih ‘Keramat’kah Umno Selepas Ada Yang Khianat, Tamak Kuasa Tidak Berkesudahan?

Ketidaktentuan politik tanah air sejak kebelakangan ini turut mengheret kepimpinan dan ahli-ahli Umno untuk mempersoalkan dimana duduk letaknya parti ini, bukan sahaja ketika saat ini, malah masa hadapannya.

Sejak lebih 50 tahun memimpin Malaysia, Umno, harus diakui kini berdepan dengan tempoh terburuk selepas ia kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018.

Ahli Umno, Mohamad Ariff Jamaluddin juga menyentuh perbuatan khianat yang dilakukan pemimpin dan ahli-ahli parti yang diagung-agungkan kaum Melayu suatu ketika dahulu seperti sudah hilang ‘keramatnya’.

“Pelbagai jenis pengkhianatan sama ada secara sedar atau tidak telah sedikit sebanyak merosakkan imej parti ini di mata umum. Pengkhianatan yang pastinya akan memberi impak negatif bukan sahaja kepada parti malah ia akan turut mengheret bangsa Melayu yang akan dianggap sebagai bangsa yang korup.

“PRU14 merupakan satu malapetaka yang telah ditempah lama oleh parti kita jika dilihatkan dari fakta.

“Usah kita terus hidup ‘in denial’ dengan mengatakan bahawa kita ditolak ketika itu kerana fitnah dari pihak lawan. Saya pasti rakyat di Malaysia ini sedar betapa UMNO bersama Barisan Nasional telah banyak berjasa kepada negara. Namun, apakah puncanya yang menyebabkan parti ini ditolak pada pilihanraya tersebut? Ya, jawapannya adalah kesilapan kita sendiri. Kuasa telah membutakan mata dan hati kita semua. Inilah sebenarnya punca kekalahan kita,” katanya dalam satu surat terbuka yang ditujukan kepada kepimpinan Umno.

Ujar Mohamad Ariff, kekalahan di dalam pilihan raya sepatutnya menjadi tauladan kepada Umno untuk memperbaiki kelemahan dan kembali menjadi parti yang kuat.

Bahkan, peranan pembangkang yang pertama kali dipegang di Dewan Rakyat selepas 2018 berjaya membuka mata rakyat untuk yakin kepada kewibawaan Umno.

“Namun perubahan iklim politik negara merubah segala-galanya. Kuasa sekali lagi melemahkan pegangan parti kita. Usah kita salahkan pihak lain kerana dari awal lagi sepatutnya kita sedar bahawa kita perlu teguh dengan prinsip yang mana perjuangan kita asasnya adalah kebajikan serta nasib rakyat, bukan kuasa serta jawatan.

“Cuba lihat di sekeliling kita sekarang, rakyat mula meluat, memaki dan menyumpah pemimpin-pemimpin UMNO yang memegang jawatan Menteri dan timbalan Menteri. Di mana silapnya? Kita dilihat sebagai parti yang hanya memikirkan untuk membentuk kerajaan. Bukan sebagai wadah untuk rakyat mengadu nasib mereka.

“Saya memohon dan merayu agar pemimpin-pemimpin atasan UMNO sedar dan benar-benar insaf. Parti ini akan digamit kepupusan jika kita masih tidak mahu sedar yang parti perlukan satu bentuk perubahan dalam segenap segi. Tolonglah. Cukuplah kita bermain politik. Cukuplah kita hidup di dalam UMNO ini bertuankan kuasa semata-mata. Buang segala sifat tamak dan pentingkan diri sendiri,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu tegas Mohamad Ariff, mana-mana pemimpin yang kini berdepan dengan pertuduhan di mahkamah perlu melakukan pengorbanan dengan berundur dan tidak tamak berebutkan kuasa.

Beliau juga menyeru agar setiap mereka yang bergelar ahli Umno untuk berpegang kepada tujuan perjuangan untuk benar-benar memperjuangkan nasib rakyat.

 

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

X50 Dilancar Secara Rasmi Hari Ini, Harga Bermula RM79,200

Sekian lama ditunggu-tunggu, Proton Holdings Berhad (Proton) pada hari ini melancarkan SUV keduanya, Proton X50 yang dibangunkan bersama rakan kerjasama, Zheijiang Geely Holdings Group. Sebanyak...

Selepas Lompat Pagar Pejabat SPRM, Alvin Akhirnya Ditahan Di Pusat Peranginan

Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, suspek utama kes pengubahan wang haram akhirnya ditemui di sebuah pusat peranginan di Pahang, dipercayai bersembunyi dari satu...

Desak Muhyiddin Letak Jawatan Hanya Untuk Puaskan Nafsu Pembangkang, Kata Bung

Pembangkang diminta bermuhasabah diri dan mendalami titah Yang di-Pertuan Agong, selain menghentikan desakan supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan. Timbalan Ketua Menteri...

Lebih 10,000 Pegawai, Anggota Polis Positif Covid-19, Kena Kuarantin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan lebih dari 10,000 pegawai dan anggota polis dikuarantin selepas didapati positif Covid-19. Situasi ini memberi kesan kepada...

Kesemua Ahli Parlimen PAS Sokong Muhyiddin

Kesemua 18 ahli parlimen PAS menyatakan kesetiaan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin,...