Masalah Timbul Apabila Pemegang Kad UNHCR Semakin Bertambah – KDN

Satu kajian akan dilakukan terhadap pengeluaran kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini untuk mengelakkan timbulnya masalah di masa akan datang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata demikian sebagai menjawab soal fungsi UNHCR di Malaysia sehingga menyaksikan bilangan individu yang ramai memohon kad pelarian UNHCR yang dikeluarkan di pejabat UNHCR di Kuala Lumpur, seperti yang dibangkitkan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim di Dewan Rakyat.

“Sepatutnya ia (kedudukan mereka yang memiliki kad UNHCR) berada pada keadaan statik namun lama-kelamaan bilangan pemegang kad UNHCR ini semakin meningkat yang menimbulkan masalah dalam negara kita.

“Kedudukan mereka yang memiliki kad UNHCR ini sesuatu yang kita sendiri pun tidak faham kerana sepatutnya angka pemegang kad UNHCR tidak berganjak mahupun kekal,” katanya semalam.

Pada April lalu, Hamzah dilaporkan berkata bahawa Malaysia tidak mengiktiraf status pelarian dan mengklasifikasikan mereka sebagai pendatang tanpa izin yang memegang kad UNHCR.

Malah beliau juga menegaskan bahawa Malaysia bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967, sekaligus tidak mempunyai rangka kerja perundangan atau pentadbiran yang mengawal status dan hak pelarian di negara ini

Malah atas dasar kemanusiaan, kerajaan telah membenarkan PATI yang memegang kad UNHCR untuk tinggal sementara di negara sebelum ditempatkan di negara-negara ketiga oleh UNCHR menerusi dasar ‘satu kes ke satu kes’.

Malah Utusan Malaysia pada 25 Julai lalu melaporkan bahawa kira-kira 86,155 pelarian Rohingya di negara ini hampir menyamai bilangan penduduk Putrajaya.

Namun hanya 317 orang yang diberikan penempatan di negara ketiga dalam tempoh enam bulan tahun ini sedangkan Malaysia cuma penempatan sementara.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,792FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini