Masalah Kewangan, Portal MalaysiaNow Henti Operasi

KUALA LUMPUR: Operasi portal berita MalaysiaNow dihentikan bermula semalam, dimana tindakan itu berpunca daripada masalah kewangan.

Memetik laporan Kosmo!, salah seorang petugas portal berita berkenaan memaklumkan mereka menerima notis penutupan operasi Jumaat lalu.

“Terdapat kira-kira 14 petugas di MalaysiaNow terjejas dengan penghentian operasi ini. Kini kami perlu mencari kerja baharu,” katanya.

Menurut beliau, perkara itu memang sudah dijangka selepas portal berkenaan disekat oleh pihak berkuasa pada Jun lalu.

Kata beliau, keadaan itu membuatkan pelabur berasa khuatir untuk terus bersama portal berita berkenaan.

Portal MalaysiaNow sebelum ini dikaitkan milik salah seorang pemimpin pembangkang.

BBerkaitan

Latest articles