Masak Lemang Dalam Tin Minuman Tidak Selamat

Penggunaan semula tin minuman untuk memasak lemang adalah tidak selamat kerana bahan makanan yang dimasak akan bertindak balas dengan bahan kimia dalam tin pada suhu panas.

Menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, makanan yang tercemar dengan bahan kimia berlebihan boleh membahayakan kesihatan.

““Kau orang tahu tak sebenarnya masak lemang dalam tin minuman adalah tidak selamat.

“Kalau masakan tak jadi, boleh post dalam group Facebook tapi kalau masakan tak selamat, boleh membahayakan kesihatan,” katanya dalam entri di Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.

Jelasnya, walaupun tin sememangnya digunakan secara meluas sebagai salah satu teknik pembungkusan makanan atau minuman namun ia tidak dibuat untuk digunakan semula sebagai bekas memasak.

“Jadi dalam keseronokan kita memasak, sentiasa pentingkan keselamatan makanan,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles