Masa Dahulu Dah Berlalu, Hari Ini Mari Sokong PH-BN

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) mengakui bukam mudah mengadakan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN), seperti yang terjadi pada hari ini.

Bagaimanapun atas dasar perjuangan bersama dan matlamat untuk membangunkan rakyat dan negara ini, kedua-dua musuh lama itu berlapang dada melupakan sengketa sekian lamanya.

Sehubungan itu calon PH untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara, Ng Sze Han merayu penyokong DAP untuk tidak lagi membangkitkan kisah lama dan memberi sokongan penuh buat calon-calon Kerajaan Perpaduan dalan Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Sze Han juga meminta penyokong parti itu memberikan undi kepada calon BN di Dusun Tua, Datuk Johan Abdul Aziz.

“Masa saya datang sini tadi, ada penyokong DAP tanya bukankah dulu kamu bermusuh dengan UMNO BN, mengapa sekarang sudah bersama? Benar, kita pernah bersengketa dan berlawan begitu lama tapi masa itu sudah berlalu. DAP dan BN kini bersama.

“Datuk Johan ini adalah kawan baik saya, saya kenal beliau. Pemimpin seperti inilah yang kita mahu di Dusun Tua, beliau bukan dalam kalangan pemimpin yang kerja dua minggu berkempen dan tidur lima tahun, sebaliknya sentiasa bertungkus lumus,” katanya ketika berkempen di Dusun Tua, hari ini.

Harapan yang sama dilontarkan Ahli Parlimen Puchong (DAP), Yeo Bee Yin sambil mengingatkan penyokong dan pengundi DAP bahawa kemenangan BN merupakan kemenangan PH dan Kerajaan Perpaduan.

“Jangan fikir ini senang untuk kita juga, saya beri contoh kepada anda. Saya lawan Datuk Jamal Yunus UMNO di mahkamah selama empat tahun lawan tapi baru-baru kami duduk satu pentas berceramah. Beliau naik pentas dan meminta sokongan penyokong UMNO diberikan kepada PH, DAP,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles