Masa Ada Kuasa, Mengapa PN Tak Minta SPRM Buat Peraturan Pilihan Raya?

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mengkritik kepimpinan Perikatan Nasional (PN) apabila cuba menangguk di air keruh, apabila membangkitkan isu peraturan pilihan raya.

Beliau mempersoalkan komitmen kerajaan PN sebelum ini yang sepatutnya mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menetapkan peraturan mengenai perkara yang boleh dilakukan semasa kempen pilihan raya semasa mereka menjadi kerajaan dan mempunyai kuasa.

Azalina turut menempelak Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang tiba-tiba menggesa SPRM membuat peraturan tersebut.

“Saya tak tahu nak cakap apa, tapi apa lagi yang mereka patut cakap, mereka tertinggal kapal.

“Mereka pernah jadi kerajaan dan pemimpin mereka pernah jadi Perdana Menteri, kenapa tak lakukan pada masa itu?” katanya dalam sidang media selepas melawat Kompleks Mahkamah Seremban, di sini, hari ini.

Menerusi satu kempen ceramah kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di Paroi, malam tadi, Tuan Ibrahim mendakwa keperluan peraturan SPRM sempena musim pilihan raya.

Kenyataan Tuan Ibrahim itu sebagai mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang menyifatkan tindakan pemberian geran bernilai RM350,000 oleh kerajaan kepada belia Terengganu adalah tidak menyalahi undang-undang atau berunsur rasuah.

Ia susulan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung pemberian geran membabitkan RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan RM250,000 kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) Terengganu.

BBerkaitan

Latest articles