Martabat Bidang Kewartawan Berada Di Landasannya Menerusi RUU Majlis Media Malaysia

KUALA LUMPUR: Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) menyifatkan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMM) 2024 yang diluluskan di Dewan Rakyat pada hari ini amat dinantikan seluruh pengamal media di negara ini dalam usaha untuk mengangkat martabat profesion kewartawanan negara.

Presidennya, Mohamad Fauzi Ishak percaya seluruh pengamal media menghargai usaha Kementerian Komunikasi yang diterajui Fahmi Fadzil serta timbalannya, Teo Nie Chin.

Badan itu juga menarug harapan agar RUU itu mampu menjamin kestabilan dan masa depan industri media itu sendiri agar terus kekal berdaya saing dan kompetetif, seiring dengan kepesatan dunia digital hari ini.

“Pelbagai isu kebajikan yang melingkari dan membelenggu warga pengamal media sejak mutakhir ini, akan dapat diambil perhatian dan tindakan segera, sekaligus ditangani sebaiknya.

“Penubuhan Majlis Media Malaysia ini secara langsung akan membuka ruang serta platform dimana seluruh pengamal media, industri media serta kerajaan dapat duduk bersama, berbincang dan mencari solusi, disamping merangka hala tuju untuk masa depan dunia kewartawanan di Malaysia.

“GKMM menaruh harapan agar kerajaan meletakkan keutamaan dari segi penglibatan dan penyertaan penuh daripada kalangan warga media dalam Majlis Media Malaysia, terutama dalam membuat dan menentukan keputusan penting yang menyentuh hala tuju dan masa depan industri ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BBerkaitan

Latest articles