Manifesto Bn Untuk Kestabilan Masa Depan

JOHOR BHARU — Barisan Nasional (BN) yang akan melancarkan manifesto sempena  Pilihan Raya Negeri (PRN) petang ini dijangka akan menyentuh beberapa perkara terutamanya berkaitan kemajuan Ekonomi Negeri Johor.

BN yang mahu memakmurkan Johor dengan ekonomi yang maju, perniagaan yang bercambah, infrastruktur yang moden dan kualiti yang terbaik merupakan antara tawaran yang mahu diberikan kepada rakyat Johor di dalam PRN kali ini.

Berikhtiar mahu memajukan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan seterusnya menyentuh mengenai orang muda Johor.

Dijangka manifesto BN yang akan dilancarkan hari ini turut akan menyentuh mengenai Pentadbiran berintegriti dan juga reformasi politik di mana ianya akan memupuk neratif politik baharu yang matang bagi menjamin kestabilan masa depan rakyat dan negeri.

Manifesto BN juga dijangka akan turut memperkenalkan enakmen Anti Lompat Parti serta turut meneruskan pemberian peruntukan tahunan kepada Adun Kerajaan dan juga Pembangkang.

Didalam Belanjawan Johor yang dibentangkan pada November lalu, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamad telah mengumumkan bahawa Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor termasuk pembangkang, akan menerima peruntukan tetap sebanyak RM200,000 setiap tahun.

BN johor juga dijangka turut menawarkan akses perumahan kepada orang muda Johor serta beberapa inisiatif bagi membantu golongan muda yang baru membina kehidupan berumahtangga serta memperkasakan program untuk melahirkan lebih ramai bakat muda di dalam kepimpinan serta keusahawanan.

BBerkaitan

Latest articles