Manifesto BN Tawaran Terbaik Untuk Rakyat Melaka – Haryaty Hamdzah

Duyong, Tawaran Barisan Nasional melalui Manifesto yang diumumkan semalam merupakan tawaran terbaik buat rakyat Melaka kata Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Melaka Datuk Haryaty Hamdzah.

Katanya dengan lima tawaran utama itu, saya lihat bahawa Melaka terkedepan terutamanya dalam  ekonomi baharu yang menekanan tentang satu  zon industri dan juga perniagaan yang lebih mapan untuk keselesaan dan tawaran pekerjaan untuk anak-anak Melaka katanya.

Menurut Haryaty yang juga  Pengerusi Sekretariat Professional Wanita UMNO Melaka lagi, Politik matang yang memberikan peruntukan kepada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) juga merupakan satu tawaran yang baik untuk menjadikan negeri Melaka, sebuah negeri yang stabil katanya  ketika ditemui TheRakyatInsight semalam.

 

Jelas haryaty lagi manifesto yang ditawarkan oleh BN ini, boleh dilaksanakan, dan bukannya manifesto yang ditawarkan oleh pembangkang yang menjanjikan tetapi tidak dapat menunaikan katanya lagi.

Mengulas mengenai potensi untuk calon BN yang bertanding iaitu Mohd Noor Helmy Abd Halem katanya calon BN ini merupakan seorang anak muda yang aggresif dan beliau cukup yakin sekiranya Helmy diberikan mandat oleh rakyat, isu-isu yang berbangkit yang dapat diselesaikan olehnya.

“ Noor Helmy yang sebelum ini merupakan Ahli Majlis, kita nampak dia dapat memberikan perkhidmatan yang baik dan tidak mustahil jika ditakdirkan beliau dipilih sebagai YB di kawan Duyong ini, beliau akan memberikan yang lebih baik lagi untuk warga duyong” katanya lagi.

Semalam Barisan Nasional (BN) melancarkan manifesto bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bertemakan ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’.

Timbalan Pengerusi BN merangkap Pengarah Pilihan Raya PRN Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, manifesto BN tersebut merangkumi lima teras utama.

Katanya, lima inisiatif tersebut adalah mengekalkan kestabilan politik dalam agenda politik matang, merealisasikan ekonomi baharu, kominted meningkat tadbir urus kerajaan, memelihara keharmonian bersatu padu dan agenda untuk menjayakan pembangunan mapan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal pada 16 Nov susulan pembubaran DUN pada 4 Okt lepas selepas empat Ahli DUN menarik sokongan terhadap Sulaiman.

 

 

 

 

 

 

Latest articles

Related articles

spot_img