Mangsa Banjir Boleh Follow Cara Ini Untuk Buang Air Bertakung

Banjir yang melanda Selangor, Pahang dan beberapa negeri lain pada tahun ini boleh disifatkan antara yang terburuk dalam negara kita.

Bahkan Shah Alam, sebuah bandar besar dan maju juga turut tenggelam dalam air bah, meranapkan ribuan rumah, kereta dan harta benda.

Sehingga ke hari ini pun, masih banyak lagi kawasan yang belum pulih sepenuhnya dengan air masih bertakung.

Jika ada antara salah seorang mangsa banjir dan pening kepala mencari jalan terbaik untuk mencuci rumah, kami kongsikan tips berguna oleh Razak Razali.

Kepada mangsa banjir saya kongsi kan cara mudah untuk buang air yg bertakung dalam rumah.

Bahan-bahannya:

  1. Baldi yg di tebuk lubang pada lantai nya… ikut saiz paip
  2. Getah paip atau poli pipe.
  3. Karung sampah saiz besar yang ditebuk lubang pada bahagian bawah ikut saiz paip.
  4. Dua buah kerusi

Cara-caranya:

Masukan hujung paip dari bawah baldi.

Kemudian masukkan pada lubang plastik sampah tadi dan ikat plastik tadi pada  getah paip.

Tarik getah paip supaya plastik duduk di dalam baldi.

Hujung satu lagi getah paip bawa ke luar rumah.

Letak baldi atas 2 kerusi .

Kemudian boleh ceduk air banjir tuang dalam plastik yg duduk dlam baldi tadi.

Tadaaaa! Air ikut getah terus keluar ..tak perlu angkut keluar.

Pastikan terus kocak air dlm rumah  supaya lumpur tak mendap.

Nanti bila air habis lumpur tak ada dah sebab semua ikut air.

Saya guna polypipe sebab senang nak  ikat plastik tadi.

Tengok gambar boleh faham.

Semoga di permudahkan.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Advertisment

Terkini