Maliq Streams salur sumbangan kepada 15 rumah kebajikan

KUALA LUMPUR – Syarikat Malik Streams Corporation Sdn. Bhd. menyalurkan sumbangan sebanyak RM160,000 kepada 15 rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang sempena Majlis Infak Sumbangan Hari Raya Aidilfitri dan berbuka puasa di Hotel Shangri-La hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malik Streams, Datuk Abdul Malik Dasthigeer berkata, sumbangan yang diberikan adalah bertujuan bagi membantu golongan tertentu dan meringankan beban mereka di samping menceriakan lagi suasana Hari Raya Aidilfitri.

“Selepas hampir dua tahun kita tidak dapat mengadakan majlis berbuka puasa susulan Covid-19 tetapi ia tidak melunturkan semangat kami untuk terus menyantuni anak-anak yatim dan golongan yang kurang bernasib baik.

“Kerja amal ini diadakan dengan tujuan untuk mengurangkan bebanan, tekanan dan penderitaan golongan yang kurang mampu serta menzahirkan tanggungjawab kebajikan secara inklusif ke arah kesejahteraan masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Majlis Infak Sumbangan Hari Raya Aidilfitri di sini tadi.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.

Tambah Abdul Malik, setiap pertubuhan kebajikan terbabit menerima RM5,000 hingga RM15,000 mengikut kapasiti rumah tersebut.

“Sumbangan berkenaan disampaikan dalam bentuk replica cek dan duit raya untuk kanak kanak serta hamper barangan keperluan yang akan diberikan mengikut kapasiti dan keperluan rumah-rumah kebajikan berkenaan,” jelas beliau.

Dalam pada itu, majlis sumbangan amal anjuran Malik Streams kali ke-15 itu turut menyantuni seramai 4,000 orang terdiri daripada anak-anak yatim, pelajar tahfiz, golongan kurang upaya dan warga emas

BBerkaitan

Latest articles