Malaysia, US Capai Sepakat Depani Covid-19

Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menjalin kerjasama dalam memastikan kelancaran bekalan peralatan kritikal dalam menghadapi wabak Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata demikian selepas menghubungi Presiden AS, Donald Trump malam tadi.

Antara yang ditekankan dalam kesepakatan itu adalah kepentingan kerjasama komuniti antarabangsa bagi mengurangkan kesan pandemik ke atas kesejahteraan hidup masyarakat dunia dan ekonomi global.

“Dalam perbualan yang berlangsung selama 30 minit itu, saya dan Trump berbincang mengenai pandemik COVID-19 serta pendekatan yang diambil kedua-dua negara.

“Usaha terbabit termasuk meningkatkan kerjasama dalam pembangunan vaksin dan ubat-ubatan serta akses sama rata kepada vaksin COVID-19 kelak,” katanya menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya.

Katanya, beliau dan Trump juga bertukar pandangan mengenai isu kepentingan bersama dalam konteks mengekalkan keselamatan dan keamanan antarabangsa.

“Selain mengucapkan tahniah kepada saya dan kerajaan yang baharu, kami menyatakan komitmen untuk terus mengukuhkan hubungan kerjasama komprehensif di antara Malaysia dan AS,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles