KUALA LUMPUR: Pertemuan antara Malaysia dan United Kingdom (UK) amat penting dalam mencari kesepakatan penyelesaian peperangan berdarah du Palestin secepat mungkin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuannya dengan rakan sejawat, Keir Starmer di No 10, Downing Street, di sini.
“Kami membincangkan penyelesaian bagi isu rakyat Palestin dan Gaza dengan (resolusi) muktamad untuk mereka mencapai penyelesaian dua negara.
“Namun, sebelum itu (perlu) gencatan senjata segera. Kami begitu optimis untuk memperoleh penyelesaian secepat mungkin,” katanya selepas pertemuan itu.
Terdahulu ramai tokok terkemuka unia menyokong Anwar selepas beliau mengkritik kekurangan tindakan negara barat terhadap kekejaman Israel di Gaza.
Manakala kerajaan pimpinan Starmer yang mula mentadbir enam bulan lepas, menggantung penjualan senjata tertentu kepada Israel dan memohon bantuan kemanusiaan kepada Gaza dan Tebing Barat dipercepatkan.