Malaysia, UAE Meterai Penjanjian Bangunkan Projek Tenaga Boleh Diperbaharui

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dan dan sebuah syarikat Abu Dhabi ketika lawatan kerja ke negara itu, bagi membangunkan sehingga 10GW projek tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.

Projek tersebut dianggarkan bernilai USD8 bilion (RM37 bilion), lapor Bernama.

Anwar yang dalam rangka lawatan selama dua hari di Abu Dhabi melawat Bandar Masdar yang terkenal sebagai bandar lestari terancang pertama di dunia yang terletak enam kilometer dari Lapangan Terbang Abu Dhabi.

Masdar juga merupakan sebuah zon bebas, direka menjadi hab perniagaan dan destinasi untuk syarikat teknologi bersih.

Perdana Menteri juga mengadakan perjumpaan dengan Menteri Industri dan Teknologi Maju Emiriah Arab Bersatu (UAE) Dr Sultan Ahmed Al Jaber yang juga Pengerusi Masdar

Beliau menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Mida dan syarikat Abu Dhabi Future Energy Company (Masdar).

Lawatan kerja Anwar ke UAE telah menjana pelaburan komited berjumlah RM40.6 bilion untuk Malaysia dalam sektor seperti tenaga boleh baharu, aeroangkasa dan logistik, kata Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Aziz.

Katanya, kementerian itu turut menjalinkan kerjasama strategik dengan Masdar dan Majlis Pelaburan Antarabangsa UAE (UAEIIC) akan memberi laluan kepada aspirasi Malaysia terhadap teknologi baharu yang memberi keutamaan kepada penyelesaian rendah karbon, pembuatan hijau dan ekonomi kitaran.

UAE adalah rakan dagang kedua terbesar dalam kalangan negara-negara di rantau Asia Barat dan Majlis Kerjasama Teluk dengan perdagangan dua hala mencecah RM38.73 bilion pada 2022. – BERNAMA

BBerkaitan

Latest articles